Pelita Tanpa Sumbu TV3 (2013)

16 October 2013 | 21:15


Sinopsis Pelita Tanpa Sumbu, mengisahkan Fiza yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bekerja setelah bercerai dengan suaminya Samad. Samad merupakan anak bekas Ketua Kampung yang malas bekerja, tidak memberi nafkah dan suka berfoya-foya. Fiza meninggalkan anaknya Nur Atirah atau panggilannya Tira untuk dipelihara oleh emaknya (Mak Yah / Opah). Fiza telah menjadi rapat dengan Megat yang merupakan bos merangkap rakan kongsi di tempat kerja Fiza. Megat mula tertarik dengan sikap Fiza yang tidak gedik, selamba dan berlainan dengan gadis yang biasa ditemuinya. Bermula dengan urusan kerja, hubungan mereka menjadi semakin intim.

Namun perhubungan mereka dihalang oleh ibu Megat yang mahu menjodohkan dia dengan Zetty. Rupa-rupanya Zetty merupakan kawan baik Fiza ketika mereka di sekolah asrama. Sementara itu Tira merindui Fiza yang sudah lama tidak menjenguknya di kampung. Dia juga teringin untuk melakukan ibadah korban dengan mengorbankan lembu. Zetty selalu menghubungi Tiara dan menyamar sebagai Fiza kerana kasihankan Tira yang amat merindui ibunya. Fiza telah pulang ke kampung setelah sekian lama namun tragedi berdarah telah berlaku. Siapakah yang telah terkorban?

Pelakon Pelita Tanpa Sumbu, Faezah Elai, Wan Sharmila, Awal Ashaari, Hairi Safwan, Fauziah Nawi dan adik Puteri Shasha.

Lagu latar/tema: Opick - Khusnul Khotimah, Bila Aku Jatuh Cinta - Nidji.

Tonton online di www.tonton.com.my

Pelita Tanpa Sumbu - 16/10/2013 | Part1 Part2

Thanks guys :

+ komen + 1 komen

18 October 2013 15:47

knapa zip...tak boleh baca kalo pc sy..boleh tak convert mcm citer2 lain so boleh la download

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple