Latest Post

Obsesi, Slot 9X Di TV9

31 October 2012 | 23:58


Rancangan menarik tentang kesukaan dan minat mendalam seseorang terhadap sesuatu.

Episod 13 - Koleksi The Beatles, Koleksi Katak
Episod 09 - 02 Okt - Koleksi Mainan Star Wars (action figures dll)

Mad Markets Di TV9

| 23:52


Bersama Hanis Zalikha bersama seorang blogger jemputan untuk berkongsi tempat kegemaran mereka untuk membeli belah barangan yang unik dan menarik bersama anda.

Bila Joyah Jadi Jutawan, Skrin Di 9

30 October 2012 | 21:35


Esok Rabu 31 Okt Skrin Di 9 akan membawa telemovie bertajuk Bila Joyah Jadi Jutawan. Sambungan telemovie sebelum ini Bila Joyah Masuk TV. Sinopsis ringkas, Joyah telah menemui emas galian yang bernilai jutaan ringgit. Dengan kekayaannya, Joyah telah berpindah ke bandar. Dia menjadi semakin kaya dan terkenal.

Facebook Bila Joyah Jadi Jutawan

Download 313mb | Online Video

Tags: youtube Bila Joyah Jadi Jutawan, mediafire Bila Joyah Jadi Jutawan, online Bila Joyah Jadi Jutawan, download Bila Joyah Jadi Jutawan, lagu tema Bila Joyah Jadi Jutawan, sinopsis Bila Joyah Jadi Jutawan, pelakon Bila Joyah Jadi Jutawan

Al Kuliyyah - Pengorbanan (Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid)

| 21:15

Saiful Nita, Samarinda TV3 (Tamat)

| 21:14


Lakonan Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.

Drama ‘Saiful Nita’ ini bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.

Makhluk Sebelum Nabi Adam - Tanyalah Ustaz

29 October 2012 | 21:16


Bhg 2 - 30 Okt | Online Video
Bhg 1 - 29 Okt | Online Video

Tags: youtube Makhluk Sebelum Nabi Adam, mediafire Makhluk Sebelum Nabi Adam, online Makhluk Sebelum Nabi Adam, download Makhluk Sebelum Nabi Adam

Satu Pengorbanan, Cerekarama Aidiladha TV3

28 October 2012 | 09:56



Lakonan Eja, Lisadawati, Fahrin Ahmad, Rosnah Johari, Abu Bakar Juah.

Satu Pengorbanan mengisahkan tentang dua adik beradi, Zura dan Zana. Zura merupakan tulang belakang keluarga yang membantu keluarganya mengusahakan kebun. Manakala Zana berkerja sebagai kerani. Mereka berkawan baik dengan Murad sejak dari kecil lagi. namun Zana terkejut apabila keluarga Murad masuk meminang Zura. Murad yang sememangnya tidak kisah untuk dijodohkan antara dua beradik ini mengambil kesempatan dengan menjalinkan hubungan sulit bersama Zana walaupun ketika itu dia sudah bertunang dengan Zana. Zura dapat menghidu perhubungan mereka. Fikirannya yang kusut membuatkan dia hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan. Separuh wajahnya mengalami kecacatan kekal. Apakah yang berlaku seterusnya? Nantikan Sabtu ini, 27 Oktober 2012, jam 10.00 malam.

Salam Dari Bangsamoro - Majalah 3

| 09:30


Tags: youtube Salam Dari Bangsamoro, mediafire Salam Dari Bangsamoro, online Salam Dari Bangsamoro, download Salam Dari Bangsamoro

Tersalah Cinta, Telemovie Istimewa Aidiladha Di TV3

27 October 2012 | 02:06

Tersalah Cinta telemovie sempena raya haji 26hb ini, tengok promo tadi di TV3 macam best, lakonan Aqasha, Johan As’ari, Neelofa, Rita Rudaini, Nazim Othman. Drama ini mengisahkan Rahimi bekerja sebagai seorang mutawif di sebuah agensi yang menguruskan umarah. Dia mempunyai isteri bernama Farhana yang kini sedang sarat mengandung anak pertama mereka. Rombongan ke umrah pada kali ini telah menguji keimanan Rahimi di mana dia telah digoda oleh Cinta yang menyertai rombongan tersebut setelah putus tunang. Turut serta dalam rombongan itu ialah Duwen dan Zahren. Ibu bapa Duwen menghantarnya mengerjakan umrah agar sikapnya yang nakal berubah. Manakala Zahren merupakan pelakon popular yang sombong mahu menjejakkan kaki ke Melah sekadar untuk bercuti. Sementara itu, Farhana tidak senang duduk di Malaysia apabila Rahimi secara jujurnya menceritakan dirinya sedang digoda oleh Cinta. Mampukah Rahimi meneguhkan keimanannya setelah digoda oleh gadis cantik seperti Cinta?

Panggilan Baitullah, Telemovie Aidiladha TV3

| 01:56


Sebuah drama yang sarat dengan masej pedoman ini mencertikan tentang Abdullah, seorang hartawan yang suka menunjukkan kemewahan miliknya kepada orang ramai. Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk dia berangkat ke Mekah, Abdullah berasa semakin gelisah. Dia sering bermimpi mengenai seorang tukang sepatu dari Pekan Alor Gajah bernama Haq yang tidak dapat menunaikan haji tetapi diterima hajinya. Abdullah menjadi semakin binggung kerana hampir setiap malam dia didatangi mimpi yang sama. Semenjak itu, Abdullah mula berusaha mencari Haq. Berjayakah Abdullah menemui Haq? Adakah benar lelaki bernama Haq itu wujud dan siapakah Haq sebenarnya?

Kiblat Rindu, Telemovie Istimewa Aidiladha Di TV9

26 October 2012 | 00:11



Tayang pada 25hb Khamis jam 8.30 mlm. Kiblat Rindu mengisahkan Aidil sangat menyayangi ibunya Leha. Walaupun dia tidak sempurna seperti anak-anak lain namun dia amat sayang dan hormat ibunya. Kehidupan mereka sangat bahagia sehinggalah Leha meninggal dunia. Semenjak itu, Aidil dijaga oleh Mail dan Isterinya, Senah. Kehadiran Aidil tidak disenangi oleh Senah walaupun Aidil adalah anak saudaranya sendiri. Setiap kali Mail keluar bekerja, Senah anak mendera Aidil tanpa belas kasihan. Ini membuatkan Aidil bertambah rindu dengan arwah ibunya. Hampir setiap hari Aidil menjenguk kubur ibunya dan menggenggam gambar ibunya sehingga menjadi lusuh.

Di Sebalik Kaabah, Istimewa Aidiladha TV9

25 October 2012 | 23:00


Fahami dan dapatkan jawapan daripada pandangan agama, sains dan sejarah segalanya tentang Kaabah. Bersama beberapa orang panel jemputan untuk menghayati keistimewaan kiblat umat Islam ini.

Download 148mb - 25 Okt

Tags: youtube Di Sebalik Kaabah, mediafire Di Sebalik Kaabah, online Di Sebalik Kaabah, download Di Sebalik Kaabah

Aku Ingin Bahagia, Skrin Di 9

24 October 2012 | 23:16


Aku Ingin Bahagia mengishakan Wan selalu dihina dan dikeji dengan panggilan 'Lembam' oleh orang kampung kerana kecacatan akalnya. Wan berhajat untuk berkahwin dengan Ustazah Salmah. Kerana kebaikannya, Ustazah Salmah sudi menerima Wan dan kehidupan mereka dijalani dengan bahagia. Ustazah Salmah menjaga Wan dengan penuh kasih sayang. Namun, ditakdirkan Ustazah Salmah dijemput Ilahi beberapa lama selepas itu kerana menghadapi kanser serviks. Wan hidup menderita selepas kematian isteri dan emaknya kerana tidak seorang pun yang ingin mengambil tahu akan kehidupanya. Saksikan kesudahan telemovie ini Rabu 24hb jam 8.30 malam di TV8, saluran 119.

Jubah Putih Kain Kapan, Telemovie Istimewa Aidiladha Di TV3

| 19:54


Lakonan Fezrul Khan, Sariyanti, Anzalna, Adik Rykal, Hisham Ahmad Tajuddin.

Amir tidak pernah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat malah dia bukannya seorang pemuda yang terlalu leka bersosial. Namun, dia tidak pernah bersembahyang walau hakikatnya dia mendapat pendidikan agama yang cukup sempurna. Setelah Amir disahkan menghidap penyakit kronik, Amir mahu meninggalkan kesibukan kota dan pulang ke kampung. Dalam perjalanan pulang dia tertarik dengan kanak-kanak melintas memakai jubah putih dan tergerak mahu mengikut mereka. Amir menghabiskan masa di sekolah pondok tempat kanak-kanak tersebut bernaung namun cahaya keinsafan masih belum memancarkan sinar di dalam hatinya. Apakah yang terjadi seterusnya?

Credit to TeamHanna
Download | Online Video

Tags: youtube Jubah Putih Kain Kapan, mediafire Jubah Putih Kain Kapan, online Jubah Putih Kain Kapan, download Jubah Putih Kain Kapan, lagu tema Jubah Putih Kain Kapan, sinopsis Jubah Putih Kain Kapan, pelakon Jubah Putih Kain Kapan

Obsesi, Samarinda TV3 (2008)

23 October 2012 | 20:18


Guys, siapa nak follow citer ni? klu ramai nak, kaze update sikit2 sampai habis.

Drama bersiri ‘Obsesi’ ini bermula dengan perkahwinan Tengku Azzuddin (Remy Ishak) dengan Shirly Chua (Estelle Looi) yang tidak direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun rumahtangga mereka bahagia kerana saling mencintai, hidup mereka terpencil daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Malah ada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkahwinan mereka.

Al Kuliyyah - Haji Akbar

21 October 2012 | 21:41

Ajaibnya Cinta, Cerekarama TV3

| 14:12

Johan dan Umie

Pelakon
Johan Asari, Umie Aida, Qhusairi Razali (Qi), Anzalna Nasir, Nadia Nissa.

Sinopsis
Ajaibnya Cinta mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Affendi yang kerap mencuri. Seluruh penduduk kampung tahu tentang perangai buruk Affendi termasuklah emak Affendi sendiri yang mengakui tidak mampu lagi menasihati anaknya. Suatu hari, Affendi memecah masuk ke dalam rumah Ramli untuk mencuri tiket perlawanan bola seperti yang dijanjikannya pada Musliha. Namun, Affendi tertangkap dan dipukul oleh Ramli serta kawan-kawannya. Mak Tom yang menyedari situasi tersebut datang menyelamatkan Affendi. Apakah Affendi akan menyedari kesilapan yang dilakukannya atau dia tetap dengan perangai buruknya?

Gol Kelantan Vs. ATM - Piala Malaysia Akhir 2012

| 14:09



Tags: youtube, mediafire, online, download

Hidup Tenang - Tanyalah Ustazah

19 October 2012 | 23:46

Wifi Booster Terlaris Dan Berkualiti

| 20:03

Anda tercari-cari cara nak jimatkan perbelanjaan internet anda setiap bulan, di sini anda telah menjumpai penyelesaianya ..


Inilah Rahsianya Bagaimana anda dapat melayari internet dengan WiFi PERCUMA dan Laju.

Telah diuji oleh ramai pengguna dan hasilnya...
100% BERKESAN!

Kami menawarkan Harga yang menarik dan sangat berpatutan, sesuai untuk anda semua memilikinya...


Bonus!!
WOW! Free Poslaju 1 MALAYSIA



 
.:+: JENIS WIFI BOOSTER :+:.
ALFA AWUS036NHR 
(Model Terbaik)
RM170

Citra Juwita, Aurora TV9

18 October 2012 | 22:52


Info
Setiap hari Khamis, jam 8.30 malam di TV9, bermula 19 Julai ini.

Sinopsis
Kisah bermula apabila Citra (Jasmin Hamid) yang datang dari keluarga kaya jatuh cinta dengan Ehsan (Azhar Sulaiman), seorang pemain bola sepak negara. Pun begitu hubungan mereka dihalang keluarga Citra. Bermulalah hidup Citra dengan Ehsan tanpa kemewahan. Setelah dikurniakan cahaya mata, Juwita (Eyka Farhana), Citra dan Ehsan membuat keputusan untuk bercerai. Juwita ingin tinggal bersama bapanya. Sementara Citra telah membawa diri dan tidak lagi mengambil tahu tentang anaknya itu. Hari berganti hari, Juwita semakin dewasa. Namun bapanya pula jatuh sakit dan meninggal. Sebelum itu, dia berjanji dengan bapanya untuk mencari ibunya, Citra dan tinggal bersamanya. Namun dugaan kembali melanda Juwita apabila dia bertemu dengan ibunya. Apakah Juwita akan kembali terluka?

Neraka Abah, Skrin Di 9

| 00:26



Drama Neraka Abah (Ayah) malam ini mengisahkan tentang Kimi, seorang remaja yang terpaksa menanggung derita selepas kematian ibunya. Pak Kamil seperti hilang akal dan terus menyalahkan Kimi di atas pemergian isterinya yang tercinta. Sejak itu, Pak Kamil terus mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa, menjadi seorang pemabuk dan kaki judi sehingga menyebabkan Kimi terpaksa menguruskan hal adiknya, Acik sendirian dan menempuh pelbagai kesukaran. Saksikan kesudahan cerita menarik ini jam 8.30 di TV9.

Lakonan Azhan Rani (Kamil), Syafie Naswip (Kimi), Rykarl Iskandar (Acik), Zarina Zainoordin (Cikgu Saadah), Liza Abdullah (Esah), Amyza Aznan (Nab).

Lagu latar, Anugerah Terindah - Aril AF

Mara Clara (Filipino Drama)

17 October 2012 | 17:00


The story is about two girls that were switched at birth. One girl was named Mara, and she grew up as a nice, intelligent, sweet, down-to-earth but a very poor young lady. The other girl was named Clara, a mean, spoiled, intelligent, but a very rich young lady. They both went to the same school and became very close friends. Then Clara thought Mara was just being friends with her because she thinks Mara is trying to steal everything away from her. Then Clara starts to hate Mara fully as a form of revenge and makes Mara's life miserable. They do not know that Clara was supposed to be Mara, and Mara was supposed to be Clara, which means Mara was supposed to be the prosperous one and Clara was supposed to be the impoverished one. Will Mara and Clara ever find out who they really are?

Awal Lagi - Norkiriah, Tomok, Remy Ishak

16 October 2012 | 22:07

Download 145mb | Ep 13 (Akhir)

Tags: youtube Awal Lagi, mediafire Awal Lagi, online Awal Lagi

Salahkah Aku, Cerekarama TV3

14 October 2012 | 01:24

Update sinopsis Cerekarama Sabtu ini, 13.10.2012. mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Adam dan Allysa yang mempunyai gaya hidup berbeza. Adam seorang yang sangat warak merupakan kelulusan jurusan ilmu syariah Universiti Al-Azhar, Mesir manakala Allysa seorang yang gemar bersosial. Adam cuba menasihati isterinya itu tetapi sering gagal kerana bagi Allysa, Adam terlalu memaksa. Akhirnya, Adam menemui jalan buntu, Allysa bukan sahaja tidak berubah bahkan semakin hebat bersosial. Atas nasihat Ustaz Khalid yang merupakan guru dan tempat rujukan agamanya, Adam bersetuju untuk masuk ke dunia Allysa. Apakah yang akan berlau seterusnya, saksikan sabtu ini ek guys.

Lagu Latar
Aku Yang Masih - Rahayudean ft. Diya
Penantian - Julfekar ft. Zubir Ali
Kau Telah Pergi - Farahdhiya

Video Promo

Jalan Pintas Ke Neraka, Cerekarama TV3 (2008)

11 October 2012 | 00:35


Jalan Pintas ke Neraka ialah sebuah telefilem yang disiarkan pada 5 Julai 2008 di slot Cerekarama TV3, dibintangi. Telefilem terbitan Zeel Productions ini dibintangi oleh Rita Rudaini, Eizlan Yusoff, Remy Ishak, Razali Buyong, dan Maimon Talib. Jalan Pintas ke Neraka dicalonkan untuk Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.

Seorang suri rumahtangga berasa bosan di rumah, meminta izin dari suaminya untuk bekerja di sebuah pusat kecantikan. Permintaannya itu diizin suaminya. Walaubagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa seorang klien di pusat kecantikan itu menaruh hati padanya. Layanan mesra lelaki itu membuai hati wanitanya dan bermulalah detik kecurangan isteri dan kehancuran rumah tangga.

#ChurpOut 2012, October 13

10 October 2012 | 20:31

ChurpChurp, Stickman’s cute little sister is coming up with something BIG and it’s happening real soon. As you Nuffnangers probably know by now, #ChurpOut is used to refer to small community gatherings by ChurpChurp that bring awesome people together. But this year, #ChurpOut 2012 is gonna be the BIGGEST one ever!


Date: October 13th, 2012 (Saturday)
Time: 11am-10pm
Location: Publika Boulevard & Square

There are FOUR dedicated areas during #ChurpOut 2012 and you gotta check them all out. Here’s a quick overview on what sorta cool stuff you’ll get to see during #ChurpOut2012:

Cuba Jadi Lelaki, Skrin Di 9

| 00:43


Amir seorang jejaka yang digelar loser oleh rakan-rakan sekolah dahulu kerana gagap dan tidak pandai bergaul dengan perempuan, kini dia telah mempunyai kekasih dan bakal berkahwin. Tetapi Rohana tidak muncul di majlis pernikahan mereka dan sejak itu hidup Amir kembali muram dan tidak terurus. Sehinggalah dia menghadiri majlis reunion sekolahnya dan bertemu Hasri. Hasri mengajaknya menyertai kelab Valetino iaitu Kelab Lelaki Single. Hasri mengajar cara-cara memikat wanita dengan gaya yang lebih cool. Amir mula mengenali dan jatuh hati kepada seorang gadis cantik bernama Melia. Tanpa disangka, Hasri sebenarnya menggunakan mereka untuk mendapatkan perempuan untuk dirinya sendiri. Baca sinopsisnya ni macam ala-ala filem Ngorat. Ikuti kesudahannya guys esok malam 8.30 di TV9.

Lagu Latar: Sheila On 7 - Pria Kesepian, Drama Band - Cerita Dia

Video Promo

Anugerah Blockbuster 2011

07 October 2012 | 19:26


Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan.

Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011.

Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Halaqah Sentuhan Qalbu Musim 3 (2012)

06 October 2012 | 08:29

Siapa lama tak leleh kan air mata dan leleh2 hidung hehe, sila la layan..

Episod 13 - 05 Okt | Online Video
Episod 12 - 28 Sept | Online Video
Episod 11 - 21 Sept | Online Video
Episod 10 - 14 Sept | Online Video
Episod 09 - 07 Sept | Online Video
Episod 08 - 31 Ogos | Online Video
Episod 07 - 17 Ogos | Online Video
Episod 06 - 10 Ogos | Online Video
Episod 05 - 03 Ogos | Online Video
Episod 04 - 27 Julai | Online Video
Episod 01 - 03

Tags: youtube, mediafire, online, forex analysis, fundamental analysis, forex signal, forex technical

Video Sindiket Jual Saluran TV Internet

05 October 2012 | 23:08



Guys, korang ada langgan tak?

BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Dan Bila Esok, Azalea TV3 (Tamat)

03 October 2012 | 22:29


Lakonan, Rita Rudaini, Zamarul Hisham, Lia Natalia, Ikhwan, Karl Shafik, Sheila Mambo, Geofrey Williams.

Sinopsis Dan Bila Esok, mengisahkan seorang isteri yang sanggup berkorban membenarkan suaminya berkahwin lain. Syafiera lakonan Rita Rudaini sanggup benarkan suaminya Firdaus lakonan Zamarul berkahwin dengan wanita lain demi kebahagiaan bersama.

Lagu tema, Bila Harus Memilih - Siti Nurhaliza, Usah Berhenti - Dalila.

Suku Di TV9

02 October 2012 | 22:59


Follow Aidid Marcello in this 13 episode documentary as he travels around Malaysia to discover the many ethnics and the origins of the aboriginal communities.

RM84.84 seminggu di Nuffnang

01 October 2012 | 22:40


Seteleh kecewa GA acc suspended (hampir 3k usd) , kaze try semula letak iklan Nuffnang yang dah setahun lebih tak letak. Dan hasilnya yup, boleh buat kaze sedikit tersenyum ;-) ...

Sindarela TV3 (Tamat)

| 02:38


Sindarela ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Radius One Sdn Bhd untuk disiarkan dalam slot Lestary TV3, dibintangi Sharifah Amani, Remy Ishak dan Bront Palarae.

Tajuk drama bersiri ini diambil dari tiga watak utamanya iaitu, Sin (Hussein), Dar (Tengku Haidar) dan Ela (Zoela), apatah lagi ada sedikit unsur yang dipinjam dari cerita dongeng Cinderella, di mana watak Zoela yang dipegang oleh Sharifah Amani.

Ku Petik Dosa, Calon Anugerah Skrin 2012

| 00:31


Ku Petik Dosa mengisahkan Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan, Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah disenangi oleh jiran-jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga. Namun apabila usia Qaseh meningkat, Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta. Aina mengambil keputusan untuk kembali berkerja. Mujur mereka mempunyai jiran yang baik. Setelah mendapat persetujuan dari suaminya, Khalid, Kak Sal mula mengasuh Qaseh. Bermulalah kehidupan Aina dan Haris yang sibuk berkerja siang dan malam.

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple